Teks : Zaharatul Laili Mat Sanat.
Foto : Zaharatul Laili Mat Sanat.
Bismillah. Alhamdulillah.
Pada hari ahad yang lepas, saya mengadakan pertandingan "LIKE" dan "SHARE" untuk teman teman facebook untuk mendapatkan handsock sweet candy secara percuma.
Saya adalah agen berdaftar bagi produk-produk Eldurra Exclusive. In sha Allah selepas ini banyak lagi produk-produk yang akan kami keluarkan termasuk jubah dan inner shawl.
Tujuan produk kami diwujudkan adalah untuk menggalakkan muslimah menutup aurat seperti yang telah ditetapkan oleh syariah. Selain itu kami juga membantu individu yang berminat untuk berjuang bersama kami sebagai agent atau orang tengah (drosipper).
Keputusan saya mengadakan pertandingan tersebut adalah untuk menarik minat orang ramai dengan produk kami. Selain itu ia adalah strategi saya untuk melariskan jualan.
Alhamdulillah sambutan menggalakkan ramai yang 'like' , komen dan 'share'. Secara tidak langsung ia dapat dilihat di wall facebook individu yang kongsi post saya tersebut. Doa saya semoga produk kami terus di kenali ramai dan berjaya untuk memupuk minat muslimah menutup aurat mengikut syariah agama Islam mengikut peredaran masa sekarang. In sha Allah
Tahniah. Pemenang pertandingan kali ini ialah Puan Nur Faizatul Farhana.
Untuk dapatkan Handsockcoveraurah atau berminat menjadi agen dan drossiper boleh hubungi saya melalui 019 6363401
♥Material lembut tidak tebal dan tidak terlalu nipis.
♥kegemilangan wanita anggun
Selasa, 8 September 2015
Sabtu, 5 September 2015
Denda
Teks : Zaharatul Laili Mat Sanat
Hari ini, pulang dari sekolah Firdaus terus menuju ke peti ais untuk mengambil air. Apabila disuruh membuka baju dahulu jawabnya, hari ini letih kena denda dengan "teacher". Saya bertanya kenapa, kena denda ke? Firdaus jawab tadi dia buat bising, kena berdiri hingga habis waktu pulang sekolah. Saya beritahu dia, esok sampai habis sekolah jangan buat bising lagi perlu dengar cakap "teacher". Firdaus hanya menggangguk.
Pendapat saya, Firdaus dan rakan - rakan memang perlu diberi pengajaran. Itu perkara biasa, saya dahulu seusia Firdaus juga pernah didenda. Cuma alasan yang berbeza. Saya didenda kerana tidak dapat menghafal sesuatu pelajaran pada hari tersebut. Alhamdulillah selepas di denda saya akan pastikan perkara tersebut tidak akan berlaku. Ini kerana pada masa itu, sikap malu pada rakan-rakan sudah ada.
Firdaus bukanlah seorang anak yang terlalu aktif. Dia masih boleh disuruh untuk buat kerja sekolah dan mengemas mainannya. Seperkara yang saya paling suka, Firdaus memang tidak pernah liat untuk bangun ke sekolah. Alhamdulillah, mungkin kerana saya berkerja pada waktu itu jadi tiada alasan untuk Firdaus tidak ke sekolah.
Firdaus boleh berdikari dan diharap untuk menjaga adik sekiranya saya memasak. Mungkin juga kerana sikap saya terlalu garang. Garang saya untuk mendidik anak-anak. Semoga Firdaus dan Aqilah menjadi anak yang berguna, berjaya dunia dan akhirat. Amin
Ayam Tandoori Rangup.
Teks : Zaharatul Laili Mat Sanat
Foto : Zaharatul Laili Mat Sanat
Hari ini masak menu mudah untuk si abang. Sebenarnya ini resepi dari ayam goreng buttermilk. Saya telah ubah suai sedikit kerana di rumah tiada susu cair. Jadi saya hanya menggoreng. In sha Allah, saya kongsikan resepi ayam goreng buttermilk.
Bahan-bahannya
1) Ayam untuk 4 orang makan (telah dipotong kecil)
2) serbuk ayam tandoori
3) 2 sudu tepung jagung
4) 2 sudu tepung gandum
5) daun kari
6) minyak untuk menggoreng
Cara-caranya :
1) Gaulkan ayam bersama serbuk tandoori (gaul sekata) - serbuk ini telah sedia masin, jadi tidak perlu letak garam.
2) Campurkan tepung jagung dan tepung gandum tadi. Gaul sekata.
3) Masukkan minyak. Tunggu panas dan kemudian goreng bersama daun kari.
Alhamdulillah Firdaus memang suka yang rangup-rangup. Selamat mencuba.
Selasa, 1 September 2015
Nikmat Seorang Suri Sepenuh Masa.
Teks : Zaharatul Laili Mat Sanat.
Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah. Hari ini secara rasmi menjadi surirumahtangga sepenuh masa. Sememangnya pada hari ini sama seperti hari minggu yang lain cuma yang membezakan tidak perlu terkejar-kejar untuk bersiap ke tempat kerja. Selepas solat subuh, saya terus sahaja menyiapkan si abang untuk ke sekolah. Sarapan abang hanya roti dan susu segar. Si abang, Muhammad Firdaus pertama kali ke sekolah menaiki van sekolah. Sebelum ini, kami yang menghantar si abang dan pulang pula kami akan mengambilnya di taska. Hari ini juga selepas tamat sekolah abang akan terus pulang ke rumah.
Selepas si abang ke sekolah, saya dan suami keluar bersarapan bersama si adik. Selesai sarapan, kami singgah di rumah pengasuh yang berhampiran untuk menyelesaikan bayaran dan berbual-bual sebentar. Si adik, Nurfaiqa Aqilah berumur setahun lima bulan seperti memahami yang dia tidak lagi akan ditinggalkan dengan pengasuh. Aqilah tidak mahu didukung oleh pengasuh, hanya mahu menyelit di tepi ibu dan ayah. Sedangkan sebelum ini, dia yang paling laju menghulur tangan hendak didukung oleh pengasuh.
Alhamdulillah rezeki, pengasuh memberi lauk paru masak rendang cili api. Pulang dari rumah pengasuh hanya perlu memasak makanan si abang dan adik sahaja. Kerja di rumah dijalankan seperti biasa, menyidai baju yang telah siap dibasuh, mengemas rumah dan memasak sementara menunggu si abang pulang dari sekolah.
Apabila ditanya pada si abang, seronok atau tidak ibu berada di rumah, jawapannya seronok. Makan minumnya sudah tersedia, kerja sekolah pula boleh disiapkan awal. Alhamdulillah, saya bertambah seronok kerana tidak perlu memikirkan kerja di pejabat.
Fikiran saya kosong pada hari ini, semua sudah diepaskan. Tidak perlu memikirkan kerja-kerja tertangguh dan berhubung dengan pelanggan dan pembekal lagi. Semua kerja-kerja di pejabat sudah dilepaskan kepada pekerja baru yang menggantikan saya. Semua ilmu telah diturunkan kepadanya selama sebulan. Semoga ilmu tersebut bermanfaat.
Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah, diberi peluang menjadi surirumahtangga sepenuh masa. Suami serta anak-anak bertambah gembira, semua telah tersedia apabila pulang dari sekolah dan tempat kerja.
In sha Allah, selepas ini saya akan mengemaskini blog dengan aktiviti-aktiviti harian, pengalaman, menu-menu ringkas, tips mengemas rumah dan sebagainya. Semoga saya berjaya dengan kerjaya baru sekarang.

Khamis, 27 Ogos 2015
Kehidupan
Teks : Zaharatul Laili Bt Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi.
Alhamdulillah...
Hari ini 28/8/2015, Jumaat adalah hari terakhir saya berkerja di Syarikat Burnmark Industries Sdn Bhd. Setahun di Burnmark Shah Alam dan enam tahun di Burnmark Bukit Sentosa, Rawang.
Manakala 2 tahun di Jabatan Logistik dan 5 tahun di Jabatan Perniagaan.
Saya mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah tangga apabila suami bercadang untuk menukar kerja lain. Jadi kami sepakat agar saya menjaga ank-anak di rumah kerana suami akan sering ke luar negara atas urusan perniagaannya. Jadi lebih sesuai saya menjaga anak-anak dan memberi penuh perhatian kepada pembelajaran si abang yang sudah berumur lima tahun.
Sedih dengan keputusan diambil...jawapan saya tidak kerana itu impian saya dan pada saya itu juga impian mana-mana ibu yang ingin melihat anak-anak membesar di depan mata. Alhamdulillah impian saya termakbul dengan izin Allah. Rezeki kami. Benar rezeki itu luas tidak kisah sedikit atau banyak.
Allah lebih mengetahui, perancangan Allah adalah yang terbaik.
Semoga saya berjaya mendidik anak-anak dengan tangan saya sendiri. Menjadi penyabar dengan karenah mereka yang kian membesar. Bersabar dengan kehidupan baru saya selepas ini. Berjaya dengan Akademik Bekerja Di Rumah (ABDR)..banyak ilmu yang perlu saya belajar.
Sambil mengisi masa lapang saya. Alhamdulillah..
Terima Kasih Allah.
Terima kasih juga rakan seperjuangan.

Khamis, 20 Ogos 2015
Salam Perkenalan
Teks : Zaharatul Laili Mat Sanat.
Assalamualaikum w.b.t...
Bismillahhirahmanirrahim..
Bismillahhirahmanirrahim..
Alhamdulillah
syukur segala puji bagi Allah memudahkan urusan dan ilham untuk saya memulakan
blog ini.Sejujurnya saya tidak pandai untuk menulis di blog In sha Allah dengan
Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) serta guru-guru bertauliah dapat untuk saya
menambah ilmu dan kita sama-sama berkongsi ilmu sedia ada.
Salam
perkenalan saya hulurkan untuk sahabat semua.Terlebih dahulu saya kenalkan diri
saya.Nama penuh saya Zaharatul Laili Binti Mat Sanat mesra dipanggil kak Elly
oleh keluarga.Anak ke tujuh dari sembilan adik beradik.Di lahirkan di Perak dan
selepas 5 bulan dilahirkan kami sekeluarga terus berpindah ke Rancangan Felda di
Pahang.Seorang ibu kepada sepasang cahaya mata.Alhamdulillah diberi peluang
menjadi suri In sha Allah, awal September ini.Sesuai sekali dengan tajuk
blog yang telah di pilih “Jurnal Suri Di Rumah”
Saya
memiliki Sijil Tahap 3 dalam bidang Pengaturcara Komputer di Institut Latihan
Perindustrian Selandar,Melaka.Selepas tamat praktikal saya mendapat pekerjaan
dengan syarikat automotif di Shah Alam.Sememangnya jauh tersasar dari bidang
pembelajaran yang saya ambil.Tetapi pekerjaan saya lebih kepada dokumentasi dan
pemfailan jadi tiada masalah yang besar di situ.
Saya
tiada pengalaman khusus dalam perniagaan.Walaupon pernah berniaga kecil-kecilan
menjual makanan sunnah seperti kopi,habatusauda dan tudung Aidijuma yang sangat
menjadi ‘Trend’ pada waktu itu tetapi semuanya dalam jangka masa yang
singkat.Ini kerana kesusahan untuk mendapatkan stok yang telah disekat oleh
pihak HQ.Mungkin itu strategi perniagaan mereka kerana saya bukanah pembekal
sah berdaftar dengan mereka.Saya mengambil stok dari orang tengah.
Saya
sangat suka mengumpul resepi-resepi dessert.Minat tersebut memang disokong oleh
suami dan anak-anak kerana mereka juga menyukainya apabila saya mencuba resepi tersebut.Selain
itu saya gemar mengemas rumah.Memang pantang pada mata saya kalau melihat rumah
bersepah..hihi…
Sebelum
mengertai ABDR saya tiada blog dan fanpage yang khusus.
Bahan
bacaan pula saya gemar membaca novel yang berbentuk kekeluargaan atau majalah
Mingguan Wanita yang sememangnya banyak
ilmu terkandung dalam majalah tersebut.
Saya
berharap dengan menyertai Akademik Bekerja Di Rumah (ABDR) dan blog ini dapat
saya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan lebih sistematik dan
teratur.Serta dapat menambah pendapatan keluarga dengan keadaan ekonomi negara
yang sangat meruncing ketika ini.
Langgan:
Catatan (Atom)