Assalamualaikum w.b.t...
Bismillahhirahmanirrahim..
Bismillahhirahmanirrahim..
Alhamdulillah
syukur segala puji bagi Allah memudahkan urusan dan ilham untuk saya memulakan
blog ini.Sejujurnya saya tidak pandai untuk menulis di blog In sha Allah dengan
Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) serta guru-guru bertauliah dapat untuk saya
menambah ilmu dan kita sama-sama berkongsi ilmu sedia ada.
Salam
perkenalan saya hulurkan untuk sahabat semua.Terlebih dahulu saya kenalkan diri
saya.Nama penuh saya Zaharatul Laili Binti Mat Sanat mesra dipanggil kak Elly
oleh keluarga.Anak ke tujuh dari sembilan adik beradik.Di lahirkan di Perak dan
selepas 5 bulan dilahirkan kami sekeluarga terus berpindah ke Rancangan Felda di
Pahang.Seorang ibu kepada sepasang cahaya mata.Alhamdulillah diberi peluang
menjadi suri In sha Allah, awal September ini.Sesuai sekali dengan tajuk
blog yang telah di pilih “Jurnal Suri Di Rumah”
Saya
memiliki Sijil Tahap 3 dalam bidang Pengaturcara Komputer di Institut Latihan
Perindustrian Selandar,Melaka.Selepas tamat praktikal saya mendapat pekerjaan
dengan syarikat automotif di Shah Alam.Sememangnya jauh tersasar dari bidang
pembelajaran yang saya ambil.Tetapi pekerjaan saya lebih kepada dokumentasi dan
pemfailan jadi tiada masalah yang besar di situ.
Saya
tiada pengalaman khusus dalam perniagaan.Walaupon pernah berniaga kecil-kecilan
menjual makanan sunnah seperti kopi,habatusauda dan tudung Aidijuma yang sangat
menjadi ‘Trend’ pada waktu itu tetapi semuanya dalam jangka masa yang
singkat.Ini kerana kesusahan untuk mendapatkan stok yang telah disekat oleh
pihak HQ.Mungkin itu strategi perniagaan mereka kerana saya bukanah pembekal
sah berdaftar dengan mereka.Saya mengambil stok dari orang tengah.
Saya
sangat suka mengumpul resepi-resepi dessert.Minat tersebut memang disokong oleh
suami dan anak-anak kerana mereka juga menyukainya apabila saya mencuba resepi tersebut.Selain
itu saya gemar mengemas rumah.Memang pantang pada mata saya kalau melihat rumah
bersepah..hihi…
Sebelum
mengertai ABDR saya tiada blog dan fanpage yang khusus.
Bahan
bacaan pula saya gemar membaca novel yang berbentuk kekeluargaan atau majalah
Mingguan Wanita yang sememangnya banyak
ilmu terkandung dalam majalah tersebut.
Saya
berharap dengan menyertai Akademik Bekerja Di Rumah (ABDR) dan blog ini dapat
saya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan lebih sistematik dan
teratur.Serta dapat menambah pendapatan keluarga dengan keadaan ekonomi negara
yang sangat meruncing ketika ini.
saya boleh kongsikan peluang perniagaan mudah, modal kecil risiko tiada. sistem dan produk yg hebat disediakan.
BalasPadam