Foto : Zaharatul Laili Mat Sanat
Sebahagian koleksi tudung Aidijuma |
Assalamualaikum.
Alhamdulillah hari ini baru dapat mengemaskini blog. Kalau rumah sudah berdebu dan bersawang.hihi
Sebelum raya haji baru-baru ini saya berkesempatan melawat nenda di Parit Buntar,Perak. Selepas itu pulang semula ke rumah bonda di Muadzam Shah,Pahang untuk menyambut hari raya korban disana. Sekembali semula di rumah kami di rawang,Selangor anakanda Firdaus pula tidak sihat, cirit birit dan muntah-muntah. Makanya selama 2 minggu saya tidak berkesempatan mengemaskini blog ini.
Maaf kita kembali ke tajuk utama hari ini. Saya hendak kongsikan mengenai pengalaman saya sendiri. Pada tahun lepas bulan September 2014 saya adalah salah seorang peminat tegar tudung Aidijuma. Pada masa itu saya akan mendapatkan tudung tersebut daripada penjual yang mengambil upah sekitar RM2 - RM5 sahaja. Saya hanya akan membeli paling mahal pada harga bawah RM50 kerana setiap tudung Aidijuma mempunyai label dan kualiti tudung juga bergantung pada harga.
Setiap bulan saya akan menghabiskan lebih kurang RM100 lebih untuk tudung tersebut. Mana tidaknya setiap minggu keluar design yang menarik memikat hati. Nafsu pada ketika itu sukar dikawal.
Alhamdulillah semakin lama keinginan untuk mendapatkan tudung Aj semakin pudar kerana kesukaran untuk mendapatkan dan harga upah semakin meningkat. Saya berhenti membeli pada Ogos 2015 itu kerana saya sudah berhenti kerja maka tidak perlu tudung yang sudah kian menggunung di dalam almari.
Sepanjang menjadi peminat tudung tersebut duit gaji banyak dihabiskan untuk kepentingan sendiri. Pakaian anak-anak pula jarang di beli. Saya bernasib baik kerana suami tidak mengongkong perbelanjaan saya. Sememangnya hutang pemiutang semua suami yang bayar maka saya bebas berbelanja dengan gaji sendiri. Sekarang sudah menjadi suri rumah semua harus dikawal.
Jadi pada Septemper 2015 saya mengambil keputusan menjual sebahagian tudung-tudung tersebut. Untuk pengetahuan semua tudung Aidijuma mempunyai value tersendiri kerana setiap keluaran tidak akan di ulang dan sangat limited.
Saya menjual di dalam group FB tudung Aidjuma dengan harga sekitar RM7 hingga RM40. Dengan jualan tersebut saya mendapat hampir RM500. Itu hanya sebahagian tudung di jual kalau semua anggaran mungkin 1 ribu. Astagfirullahhal'azim banyak betul wang dibelanjakan untuk tudung tersebut. Alhamdulillah dengan wang tersebut saya membuat modal menjual handsock keluaran elDURRA EXCLUSIVE.
Setelah menjadi suri rumah keinginan membeli harus saya kawal kerana perbelanjaan semua suami yang tanggung. Saya perlu mendahului keperluan daripada kehendak kerana ia adalah nafsu semata-mata. Amalan berjimat cermat adalah perkara yang paling mulia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan