Teks : Zaharatul Laili Bt Mat Sanat
Tarikh : 11 Februari 2016
Foto : Zaharatul Laili Bt Mat Sanat
Assalamualaikum.
Tarikh : 11 Februari 2016
Foto : Zaharatul Laili Bt Mat Sanat
Assalamualaikum.
Lama sungguh saya tidak berpeluang hendak update blog.
hahahaha
Apa sibuk benar saya ini agaknya. Tahun ini Firdaus sudah
enam tahun jadi dia hendak sambut birthday di sekolah. Tahun lepas lagi
dia hendak sambut di sekolah tetapi saya hendak sambut bersama keluarga di
kampung. Ini kerana hari lahirnya jatuh pada cuti raya cina. Maaf
ye abang Firdaus. Jadi tahun ini tidak boleh mesti sambut di sekolah
setelah cuti raya cina habis. Kek sudah 2 minggu di tempah. Tinggal
goodies sahaja lagi. Amboi panjang betul celoteh. hihihi
Ok jom kita tengok gambar-gambar hendak buat goodies abang
Firdaus.
Al kisahnya hendak letak air kotak dan dadih. Tapi bila di
fikirkan terlalu ramai pelajar maka saya batalkan. Ini kerana peti ais
kecil di rumah mana hendak letak dadih dan kek Firdaus lagi kan.
Jadi kita beli yang sudah siap dan mudah untuk di packing awal.
Bahan-bahan
1) Beg Kertas/pembalut letak goodies (Beli dekat SpeedMart 99 -
Hanya RM3.50 ada 100 pcs)
2) Label/ tag atau stiker hendak letak di beg goodies
3) Gunting , gam dan solitap
4) Jajan
Cara-cara
1) Tag untuk letak dekat beg goodies buat sendiri je jimat.
Kalau banyak duit boleh tempah stiker. Cari sahaja di pak cik Google semua
keluar. Saya minta encik suami print di tempat kerjanya.
Buat dalam microsoft word ya. Ambil textbox dan taip apa
sahaja. Saya ambil banyak textbox untuk buat ayat tersebut.
Tag/ label hendak lekat di beg goodies. Gunting ye. |
3) Ok sudah siap masukkan jajan dan solitap beg kertas jajan.
Nanti terabur pulak jajan-jajan itu. hihihi
Model sudah siapkan goodies dia. hihi |
Saya buat 90 bungkus untuk di beri kepada pelajar dan guru-guru
sekolahnya.
Terima kasih tidak terhingga buat guru-guru Tadika Bina Kreatif
tolong sambut birthday Firdaus. Firdaus seronok sangat dia tolong bungkuskan jajan.